peluang menjana pendapatan dengan prepaid tunetalk;-)
Tabung
Friday, 17 January 2014
peluang menjana pendapatan dengan prepaid tunetalk;-)
cara2 hilang kan boring;-)
M elakukan perkara yang sama dan berulang akan boleh menimbulkan satu perkara pasti - bosan. Perkara ini adalah satu perkara biasa terjadi kepada semua orang. Sama ada cepat atau lambat pasti akan merasa.
Bosan | Gambar : sumber |
Sebelumnya, bila duduk dihadapan komputer, juga merasa bosan walaupun
telah banyak perkara dan idea telah disimpan draft blogspot dan hanya
untuk menghuraikannya. Kerana perasaan bosan tersebut, ia membawa
kemalasan yang membantutkan keupayaan sendiri.
Dan daripada pengalaman tersebut, saya mencari beberapa cara atau tips dari internet yang telah di cuba dan agak berguna. Antaranya cara-caranya untuk menghilangkan bosan ialah;
1. Cabar Diri - Cabarlah diri anda untuk melakukan sesuatu yang baru.
Saya cadangkan satu perkara yang tidak pernah anda lakukan (atau
benci). Mencabar diri sendiri boleh mencetuskan satu perasaan tercabar
dalam diri. Contohnya, memasak kepada yang tidak pernah memasak,
membersih tandas (mungkin antara kita membencinya) atau bercucuk tanam
dengan kaedah baru. Janganlah pula mencabar diri dengan perkara yang
merbahaya.
2. Kemaskan Meja - Apa yang saya lakukan juga adalah mengemas
meja. Meja bilik tamu, meja makan dan paling pasti meja komputer(yang
sudah agak lama terbiar). Kenapa memilih meja sahaja? Kerana ialah
tempat yang paling sering saya gunakan untuk berehat dan mencari sumber
idea. Terasa tenang apabila sudah melihat keadaan yang tersusun dan
bersih.
3. Pindah dari Tempat Biasa Sementara - Tinggalkan tempat biasa
anda. Sebab itulah ramai memilih melancong untuk mencari tenaga baru.
Tapi, disini saya tidak serta merta mencadangkan anda untuk pergi
melancong tapi cuba pilih tempat untuk mencari tenaga baru.
Inilah yang telah saya lakukan. Dapat saya rasakan sedikit kelainan
apabila menulis. Selalunya hanya menulis di meja komputer - Bosan.
Sekali sekala mengubah tempat terasa sepertinya sebuah "tenaga baru".
4. Permainan - Seperti tips no.1, cabar diri. Tapi kali ini
cabar pilih untuk mencabar diri anda dalam satu permainan. Beribu
permainan yang anda boleh pilih dari pelbagai sumber. Android(google
play), permainan komputer atau play station. Juga boleh mencuba
permainan yang betul-betul mencabar minda anda dengan bermain chess dan
sodoku.
5. Dengar Muzik - Musik boleh membuatkan kita gembira, sedih,
kecewa dan mungkin menggilakan. Pilihlah muzik yang boleh menimbulkan
semangat anda. Hanya anda yang tahu mana satu terbaik untuk diri.
6. Tuliskan "Senarai untuk Dilakukan" - Bersedia untuk hari esok
dengan menyenaraikan perkara yang anda perlu lakukan esok. Bosan yang
dihadapi mungkin kerana tiada arah tujuan atau objektif yang perlu
dicapai. Jadi, dengan adanya tujuan yang sudah ditulis anda sedar akan
ada perkara yang sedang menanti dan membuatkan diri lebih bersedia.
Melayan rasa bosan sehinggakan kita tidak mampu untuk membuat apa-apa
pada saya, amat membazirkan masa. Ambillah inasiatif untuk mengatasi dan
memenuhi masa dengan perkara yang mungkin sedikit berbeza tapi memberi
hasil. Jadi, bolehlah kita gunakan masa dengan lebih berkualiti.
Itulah antara tips-tips menghilangkan bosan yang telah saya jumpai dan praktikkan. Anda bolehlah mencubanya sama ada satu atau mengabungkanya.
Soalan : Mungkin juga Anda Punyai Alternatif dan Cara Lain Bagi
Mengelakkan Bosan? Kongsikan Pendapat Anda Di Sini dan Tinggalkan dalam
Ruangan Komen di Bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)